Wednesday, January 27, 2010

orkestra

Orkestra merupakan satu ensemble muzik yang terbesar di antara ensemble lain yang wujud di dunia.Kebiasaannya ianya terdiri daripada 4 kumpulan alatan muzik utama iaitu kumpulan alat-alat muzik bertali, kumpulan alat-alat muzik brass, alatan muzik tiupan kayu( woodwind)dan alatan muzik genderang ( percussions instruments)
Sebuah Orkestra yang bersaiz penuh dikenali sebagai simfoni orkestra atau philharmonik orkestra kebiasaannya mempunyai lebih dari 80 ahli muzik dalam sesuatu jadual persembahan dan dalam sesetengah persembahan mempunyai lebih dari 100 pemain muzik. Walaubagaimanpun jumlah pemain dan jenis alatan muzik yang digunakan dalam sesuatu persembahan bergantung kepada keperluan karya muzik yang akan dimainkan dan juga bergantung kepada saiz tempat persembahan orkestra tersebut. Sebuah orkestra yang lebih kecil (kira-kira empat puluh orang pemain atau kurang) dikenali sebagai orkestra kamar( Chamber Orchestra).
sumber :di ubahsuai http://ms.wikipedia.org/wiki/Orkestra

No comments:

Post a Comment